October 8, 2010

Bonda ~ part 2 ~


Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian
yang menutup aurat..kita ucapkan terima kasih
kepadanya dengan memberitahu bahawa
pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat
perut untuk membayar wang persekolahan dan
asrama , kita ucapkan terima kasih kepadanya
dengan tidak menulis sepucuk suratpun.


Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan
rindukan pelukan dan ciuman..kita ucapkan
terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira
apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke
IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya
dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah
membayar yuran pengajian , menghantar ke
kampus dan mengheret beg besar ke
asramakita hanya ucapkan
selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana
malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun , ibu bertanya sama ada kita
ada teman istimewa, kita kata itu bukan urusan
ibu..

Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan
pandangan mengenai kerjaya kita kata saya tidak
mahu jadi seperti ibu..

Ketika berusia 22-23 tahun, ibu membelikan
perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu
kita katakan pada kawan-kawan perabot pilihan
ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan
bakal menantunya dan bertanyakan mengenai
perancangan masa depan, kita menjeling dan
merungut..ibu tolonglah!!

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah
menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita.
Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia
sangat sayangkan
kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya
dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan
nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..kita
dengan megah berkata, itu dulu, sekarang zaman
moden..

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon
mengingatkan mengenai kenduri kendara di
kampung.. kita berkata kami sibuk, tak ada masa
nak datang

Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan
meminta kita menjaganya, kita bercerita
mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa
yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita
ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir !!
dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan
kita terhadap ibu menerpa satu persatu!

2 comments:

  1. akn bertmbh sedih kalo seseorg tue xpunya byk kenangan bersama bonda tercinta kn..

    ReplyDelete