March 5, 2012

IBU.....

nurkilan seorang hamba Allah yang sungguh bertuah kerana dikurniakan ibu yang hebat..sungguh saya kagum dgn ibu beliau....andainya saya juga diberi nikmat itu...xmengapa..andai tidak diberi peluang menikmatinya di dunia ini pasti ada yg terbaik menanti saya di akhirat sana..percaya pada qada' dan qadar Allah..Allah lebih mengetahui setiap apa yg terjadi....mari ikutan coretan saudara kesayangan saya mengenai ibu beliau...

Dia umpama Malaikat Penjaga kami di dunia. Allah telah menetapkan bahawa dia diciptakan untuk menjadi penjaga kami di dunia agar kami sentiasa terjaga daripada segala kejahatan. Dia juga ditaklifkan untuk mendidik anak-anaknya yang merupakan amanah dari Allah yang tidak ternilai harganya. Itulah dia ibuku!!

Dia sanggup mengorbankan dirinya hanya supaya kami anak-anaknya dapat lahir ke dunia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ketika dia melahirkan kami, dia bergelut dengan nyawa. Umpama nyawa di hujung tanduk. Jika diberi pilihan untuk menyelamatkan nyawa anaknya atau dirinya, nescaya dia memilih untuk menyelamatkan nyawa anaknya agar dapat lahir ke dunia ini dengan selamat..

Begitulah kekuatan wanita yang merupakan anugerah Illahi yang tidak terhingga yang dikurniakan hanya kepada wanita kerana hanya mereka sahaja yang mampu memikul bebanan ini. Sakit hendak melahirkan umpama sakit yang boleh dikategorikan sebagai sakit yang teramat sangat selepas sakitnya mati!!
Itulah insan yang begitu kuat dan tabah kerana lelaki tidak sanggup untuk memikul bebanan ini kerana Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan mengikut kesanggunpannya sahaja….Allah tidak menzalimi hambanya sebaliknya manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri…. Allah telah menganugerahkan syahid dunia kepada wanita yang mati ketika melahirkan. Begitu hebatnya wanita yang digelar ibu dan kerana itu Allah telah mengangkat martabat mereka di sisiNya. 

Itulah ibuku…..Ya Allah, pengorbanannya pada kami tidak terhitung banyaknya umpama jutaan bintang di langitMu….Aku merupakan manusia yang paling bahagia kerana Kau telah memberikan ibu yang mithali kepadaku…Ya Allah, aku merayu padaMu, Kau pandanglah ibu dan abahku dengan pandangan kasih sayangMu kerana mereka telah berjaya menjalankan tanggungjawab dengan mendidik anak-anaknya menjadi anak-anak yang solehah dan mencorakkan kami dengan agama Islam yang suci…..Kerana itu Kau tempatkanlah mereka bersama orang-orang yang beriman di syurga yang paling tinggi dan mulia iaitu di Jannatul FirdausMu agar mereka hidup bahagia di dalamnya untuk selama-lamanya….
Ya Allah, sekali lagi aku merintih merayu padaMu, Kau pertemukanlah kami sekeluarga di Jannatul FirdausMu. Kau janganlah pisahkan kami sekeluarga kerana kami tidak sanggup lagi untuk berpisah antara satu sama lain… Wahai Allah!! Wahai Pemilik Nyawaku!! Pedihnya perpisahan itu …. 

Wahai Allah, andai sudah tiba masanya untuk dia menghadapMu, aku merayu Ya Allah, Kau ambillah dia dalam keadaan mentaatiMu dan RasulMu sepertimana Kau telah mengambil arwah abahku terlebih dahulu dalam keadaan Iman dan Islam…Ya Allah, MalaikatMu menjadi saksi bahawa anak-anaknya akan sentiasa menghantarkan doa untuk kesejahteraan mereka berdua di sana…..Wahai Allah, begitu sebak hatiku untuk menerima hakikat kematian tapi aku akur Wahai Allah kerana mati adalah syarat menemuiMu…… 

Wahai Pemilik Nyawaku…..setiap detik dan saat, mulutnya sentiasa terkumat-kamit mendoakan kejayaan anak-anaknya…Dialah manusia yang paling sedih jika anaknya ditimpa musibah sehinggakan dia berdoa kepadaMu agar diubahkan musibah itu kepada dirinya…Dia tidak memikirkan akan nasib dirinya tetapi yang paling dia utamakan adalah nasib anak-anaknya…..

Dia terlalu mencintai anak-anaknya sehinggakan keperitan hidup yang ditanggungnya seorang diri terasa begitu indah dan manis kerana anak-anaknya. Dia kuat dan tabah menjalani hidup sebagai ibu tunggal demi anak-anaknya. Mereka yang tidak mengalami keadaan ini tidak akan mengerti bagaimana hidup membesarkan anak-anak dalam dunia yang serba moden ini. Mereka memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk menghadapinya….. Mereka mendapat kekuatan yang sebenar-benarnya itu ialah daripada Allah SWT. ITULAH KEKUATAN YANG SEBENAR-BENARNYA!!!

March 4, 2012

Kekacauan Melanda...

Assalamualaikum......

mcm slalu...dono how to start writing (bila dh start xreti nk stop! ^^ )... kekacauan melanda..yup! sgt terganggu skrg..jiwa xtenang yg amat (sbb dosa byk jugak nie) ..kawan..teman..sahabat..apa takfsiran anda utk tiga perkataan nie ea? adakah kita tentukan dia sgb kawan..teman..sahabat.. berdasarkan minat yg sama?? lama mana hubungan itu terjalin?? or anything else? 

me myself dono which characteristic i choose to determine in which category she is..but as what i always thought was she is my besfren ever! i expect that someone yg digelar bff or sahabat ini pasti nya akan sentiasa berada dgn kita xkira waktu..susah n senang kan..or am i wrong?

dalam hidup pasti ada pasang surutnye kan..kejap2 kita hepi..kejap2 ada ujian yg melanda..saat nie setelah memohon pada Sang Pencipta, pasti kita juga mahu dorongan ataupun kata2 semangat daripada seseorg yg dipercayai...adakah saat ini juga dijadikan criteria bagi menentukan sama ada dia adalah kawan..teman..sahabat??

p/s: post kali nie agak tergantung sbb kekacauan yg truk melanda sehinggakan xtahu apa motif tindakan yg dilakukan dan dimana perlu dihentikan.....